Kata Nama
Kata nama terbahagi kepada dua, iaitu
Kata nama am
Kata nama khas
1. Kata Nama Am
Kata nama am menunjukkan nama secara umum, iaitu digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, benda, tempat , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Contoh :
a. manusia - abang , datuk , kerani
b. haiwan - kucing , arnab , burung
c. benda - kerusi , kapal , lampu
d. tempat - sekolah , pulau , dewan
e. tumbuh-tumbuhan - pokok , bunga , getah
Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Kata nama am yang diberi imbuhan dikenali sebagai kata nama terbitan.
2. Kata Nama Khas
Kata nama khas menunjukkan nama secara khusus, iaitu digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, benda, tempat dan sebagainya secara khusus.
Contoh :
a. manusia - Ali , Doktor Tan , Sarjan Hassan
b. haiwan - Si Comel , Si Bedal , Sang Kancil
( kucing ) , ( buaya ) , ( kancil )
c. benda - Proton Waja , Pilot , Toshiba
( kereta) , ( pen ) , ( radio )
d. tempat - Taman Cahaya , Selangor , SK Meru
e. tajuk - Berita Harian , Rakan Hardy
( akhbar ) , ( novel )
Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Bagus, nota BM amat berguna bagi murid-murid membuat ulangkaji.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ..
ReplyDeleteNota yang berguna kepada murid - murid,syabas^^
ReplyDeletenota yang bagus, terima kasih :)
ReplyDeleteNota yang lengkap dan mudah difahami.
ReplyDelete