Kata Kerja
1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
2. Terdiri daripada dua jenis, iaitu :
a. Kata Kerja Transitif
b. Kata Kerja Tak Transitif
3. Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contoh :
a. Ibu menanam bunga.
b. Pei Pei membaca surat khabar.
4. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek dan boleh berdiri dengan sendiri.
Contoh :
a. Siti bersenam.
b. Adik terjatuh.
5. Kata kerja tak transitif boleh diikuti dengan keterangan.
Contoh :
a. Siti bersenam di padang.
b. Adik terjatuh dari pokok.
Gambar ini mudah menarik minat murid~~
ReplyDelete