translate

Sunday, 28 April 2013

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek atau predikat.

2. Ayat majmuk biasanya menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.

3. Kata hubung ganbungan dan kata hubung pancangan menggabungkan ayat-ayat ini.
Contohnya tetapi, dan, sambil, lalu, yang, untuk dan bahawa.

4. Contoh ayat :
a. Hanisah menonton televisyen. ( ayat tunggal )
b. Hanisah makan kacang. ( ayat tunggal )
c. Hanisah menonton televisyen sambil makan kacang.
 

Saturday, 20 April 2013

Ayat Tunggal

1. Ayat Tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

2. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

3. Contoh ayat : 
Hamidah menonton televisyen.
Subjek : Hamidah
Predikat : menonton televisyen
Latihan Kata Tanya



Wednesday, 17 April 2013

kisah sang kancil (playlist)

http://www.youtube.com/watch?v=FDQvkF0Ps2s&feature=share&list=PL33920AE1CF37903A


Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh lihat dalam beberapa aspek seperti :

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Kerseonokan dalam pergaulan menunjukkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kadang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur  humor  di  dalamnya.
Unsur  humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan.
Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda dan sahabat anda baharu sahaja pulang dari kelas mengaji. Secara jujurnya anda ingin memuji kelunakan suara sahabat anda yang begitu pandai mengaji. Maka, anda boleh mengatakan “Amin, suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.
Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda dalam majlis yang kamu hadiri. Selesai sahaja makan dan merasa kenyang anda meminta izin pulang dengan sedikit gurauan dalam komunikasi. Gurauan seperti ini mungkin anda boleh gunakan, “Kamal, saya mahu pulang, saya seperti pacat kenyang”. Gurauan ini bermaksud anda pulang tergesa-gesa selepas sahaja makan dengan kenyang. Mungkin anda ada hal penting yang ingin diselesaikan. Mendengar ungkapan ini rakan-rakan anda pasti gelak bukan bertujuan menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan.

2. Memberi nasihat
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang mujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dilakukan umpama benda yang digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya memberi didikan kepada anak bermula dari kecil lagi supaya sahsiahnya boleh dibentuk dengan lebih mudah. Anda akan berkata dengan perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula dari mereka kecil, bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”.
Setelah menilai nasihat anda, memang benar rebung mudah dilentur sebelum menjadi buluh yang dewasa. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka lebih mudah dibentuk sebelum menjadi dewasa. Setelah membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘rebung’ dengan ‘kanak-kanak’ maka kawan anda akan lebih sedar supaya memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah dinasihati pada waktu umur yang muda.

3. Menyindir dengan sopan
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampaikan kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir seseorang adalah seperti situasi yang berikut.“Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan keinginannya.

4. Menyatakan pendirian yang tegas
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Kadang-kala kita mahu menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan. Contohnya, perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula.
Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-sungguh dan tegas.

Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan sangat jelas dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu perlu sedar bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian permikiran.
Za’ba pernah menyatakan bahawa peribahasa merupakan lidah pendeta. Pernyataan ini jelas menggambarkan nilai dan ilmu yang terkandung dalam perumpamaan itu.Dengan hal yang demikian, perumpamaan ini juga perlu diajar di sekolah dengan sungguh-sungguh kerana perumpamaan yang termasuk dalam peribahasa merupakan salah satu karya sastera yang perlu dihayati seperti mana yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu.

Monday, 15 April 2013

Kata Kerja

1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.

2. Terdiri daripada dua jenis, iaitu :
a. Kata Kerja Transitif
b. Kata Kerja Tak Transitif

3. Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contoh : 
a. Ibu menanam bunga.

 










b. Pei Pei membaca surat khabar.
 

4. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek dan boleh berdiri dengan sendiri.
Contoh :
a. Siti bersenam.
 
 
b. Adik terjatuh.

5. Kata kerja tak transitif boleh diikuti dengan keterangan.
Contoh :
a. Siti bersenam di padang.
b. Adik terjatuh dari pokok.

Tuesday, 9 April 2013

Kata Adjektif


  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

  • Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama seperti benda, orang, tempat, haiwan dan sebagainya.

     

    1. sifat, keadaan : cantik, terang, sihat, miskin, tenang, kaya 

    2. warna               : hitam, putih, merah, biru, kuning, hijau

    3. ukuran             : panjang, pendek, tinggi, rendah, luas, kecil

    4. bentuk             : bulat, lonjong, bengkok, leper, segitiga, bintang

    5. jarak                 : hampir, sempit, dekat, jauh

    6. waktu               : awal, cepat, lewat, lampau, lama, segera

    7. perasaan         : gembira, sedih, suka, benci,malu, marah

    8. cara                  : cekap, laju, ganas, pantas, lambat, jarang

    9. pancaindera   : wangi, busuk, lantang, nyaring, pahit

 


Bina ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi.


1.     Ai Mei berbasikal ke sekolah.     ( dan )
       Salmah berbasikal ke sekolah.

__________________________________________________________________________________________________

2.     Kamu hendak makan nasi lemak?     ( atau )
        Kamu hendak makan roti canai?

     __________________________________________________________________________________________________

3.     Puan Loh kelihatan sedih.     ( semenjak )
       Suaminya meninggal dunia.

     __________________________________________________________________________________________________

4.     Motosikal itu terbabas.     ( lalu )
        Motosikal itu terlanggar sebuah tiang lampu.

        __________________________________________________________________________________________________
https://docs.google.com/file/d/0BydS01NN23etbW5XbFhsMW92enM/edit?usp=sharing

Tuesday, 2 April 2013

Latihan Kata Nama Khas

Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberikan.

1. Di ____________ terdapat haiwan jinak dan haiwan liar.

2. Nenek Nurliza sedang dirawat di _________________.

3. ________________ disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

4. Kereta terbaru yang dikeluarkan oleh negara kita ialah _________.

5. Lawatan ke Jepun akan diadakan pada awal bulan ___________.



Hari Kebangsaan                          Zoo Negara   

September                          Hospital Putrajaya

Proton Saga

Latihan Kata Nama Am

A. Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang sesuai.

1. Dia pergi meminjam buku di ___________________. ( perpustakaan , balai polis )

2. Mekanik itu sedang membaiki _____________. ( jalan , kereta )

3. Kakak sedang menanam pokok bunga di dalam ______________. ( kuali , pasu )

4. ___________ di atas meja itu menunjukkan pukul 3.00 petang. ( Jam , Diari )

5. ___________ merupakan binatang yang cerdik. ( Keldai , Kancil )

Monday, 1 April 2013

Kata Nama

  •  Kata nama terbahagi kepada dua, iaitu

  1.  Kata nama am

  2. Kata nama khas

     

1. Kata Nama Am 

  • Kata nama am menunjukkan nama secara umum, iaitu digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, benda, tempat , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

  • Contoh :

    a. manusia                    - abang , datuk , kerani

    b. haiwan                      - kucing ,  arnab , burung

    c. benda                        - kerusi , kapal , lampu

    d. tempat                      - sekolah , pulau , dewan

    e. tumbuh-tumbuhan  -  pokok , bunga , getah

  • Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

  • Kata nama am yang diberi imbuhan dikenali sebagai kata nama terbitan.

 

2. Kata Nama Khas

  • Kata nama khas menunjukkan nama secara khusus, iaitu digunakan untuk menyebut manusia, haiwan, benda, tempat dan sebagainya secara khusus.

  • Contoh :

    a. manusia - Ali , Doktor Tan , Sarjan Hassan

    b. haiwan   - Si Comel , Si Bedal , Sang Kancil

                          ( kucing ) , ( buaya ) , ( kancil )

    c. benda     - Proton Waja , Pilot , Toshiba

                             ( kereta)       , ( pen ) , ( radio )

      d. tempat     - Taman Cahaya , Selangor , SK Meru

      e. tajuk        -  Berita Harian , Rakan Hardy

                               ( akhbar )       , ( novel )

  • Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.