translate

Monday, 20 May 2013

Ayat Penyata
 1. Ayat penyata ialah ayat yang disampaikan untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu maksud.

2. Ayat penyata biasanya menerangkan tentang perbualan, adjektif, atau keadaan.

3. Contoh ayat :
a. Burung itu terbang terbang.
 











b. Ali dan kawan-kawannya mendayung sampan di tasik.
 
c. Datuk membaca surat khabar di ruang tamu.
 

d. Murid-murid sedang bermain congkak.








 

Wednesday, 8 May 2013

Kata Ganti Nama Tunjuk

- Perkataan yang menunjukkan benda, orang, cara, keadaan, tempat, dan haiwan.

- Contoh dan penggunaannya :
i.  ini   -  menunjukkan sesuatu benda, haiwan dan manusia yang dekat dengan orang yang bercakap.
ii. itu   -  menunjukkan sesuatu benda, haiwan dan manusia yang jauh dari orang yang bercakap.

Contoh ayat :
a. Ini rumah saya.
 

b. Saya dan keluarga tinggal di rumah ini.


c. Padang permainan kanak-kanak terletak di seberang jalan itu.
 

Sunday, 28 April 2013

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek atau predikat.

2. Ayat majmuk biasanya menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.

3. Kata hubung ganbungan dan kata hubung pancangan menggabungkan ayat-ayat ini.
Contohnya tetapi, dan, sambil, lalu, yang, untuk dan bahawa.

4. Contoh ayat :
a. Hanisah menonton televisyen. ( ayat tunggal )
b. Hanisah makan kacang. ( ayat tunggal )
c. Hanisah menonton televisyen sambil makan kacang.
 

Saturday, 20 April 2013

Ayat Tunggal

1. Ayat Tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

2. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

3. Contoh ayat : 
Hamidah menonton televisyen.
Subjek : Hamidah
Predikat : menonton televisyen
Latihan Kata Tanya